Ahad, 11 Disember 2016

CARA MEMASAK NASI

Assalamualaikum,

Walaupun tajuk mungkin orang memandang remeh, tetapi percayalah sangat penting terutama orang yang tak pernah memasak (menanak) nasi. Semoga mendapat manfaat untuk anda di sana, adik-adik bujang kan? hihi

Sebenarnya menanak nasi ni bergantung jenis beras tu sendiri. Kalau mula-mula mencuba, kena try and error... 

Maksudnya hari ni tengok masak nasi ok tak. Kalau nasi terlebih lembik, esok kurang sket, kalau nasi keras sikit, esok lebihkan sikit... gituew...

Ok, ni contoh beras Jati... Ni cara saya lah... saya sukat guna pot yang biasa dah disediakan kalau anda beli periuk nasi elektrik. Kalau tak ade pot tu, boleh je guna cawan. 

Sebelum tu, basuh beras sampai warna keruh kanji tu hilang... agak-agak la dah nampak jernih tu dah ok la tu. Dulu, saya masak nasi dengan nisbah beras:air (1:2). Maksudnya, contoh beras 2 pot, 4 pot air. 

Tapi macam lembik sikit nasi tu, kalau ada yang suka macam tu, ok je. 

Sekarang nak masak nasi guna petua orang dulu-dulu, sukat pakai jari. Macam gambar bawah.

Beras 2,3 pot pun, tinggi aras air dari beras adalah tinggi jari tu.

Pastu tekat suis periuk nasi. Tunggu masak, siap!!!

Selamat mencuba.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan